Hanya Yang Terbaik Utk Semua.. Dapatkan Rangkaian Produk Kesihatan Terbaik SHAKLEE ~ Set Kecantikan ~Set Kurus ~Set Kesihatan ~Set Nutrisi Kanak-kanak ~Set Kehamilan ~Set Penyusuan ~Set Berpantang ***100% Selamat Berkesan dan Semulajadi ~Sila Hubungi~ FAZIRA MD NAWANI 012-6172742 ~COD~ TAMAN MELATI, SETAPAK,GOMBAK,JLN GENTING KELANG,GREENWOOD,TMN KOPERASI POLIS,BATU CAVES ~MENTAKAB,TEMERLOH ~POS KE SELURUH MALAYSIA.

18 Julai 2013

SaLaM PeRkEnALaN SeMUa

Saya Fazira Nawani, teman blogger anda yang baru...Merupakan seorang ibu kpd 3 org cahayamata. 2 perempuan dan sorang lelaki...Juga isteri kepada Cik Ark my hero. Dia ni keje BOMBA tau.. Oh sy memang suka org yg keje uniform ni, kemas segak bergaya dan berdisiplin... my hubby la tu
Tujuan saya buat blog ni sbb nak kongsi dgn semua pembaca kebaikan produk2 SHAKLEE dan juga peluang menjana pendapatan dgn SHAKLEE..Jgn lepaskan peluang keemasan ni tau.. Best sgt join Shaklee.Sejarahnye, saya mengenali shaklee masa sy menyusukan anak yg bongsu Adelia..itupun dh beberapa bulan baru mkn vitamin2 shaklee. lupa nak bgtau kpd sesiapa yg belum penah dgr pasal shaklee, shaklee ni ade mcm2 produk. Yg paling dpt sambutan ialah vitamin2 nye yg dijamin selamat dan berkesan.INSYAALLAH.Ok sambung semula cerita tadi, Masa sy cuti bersalin tu.. sy dh nekad nak susukan Adelia maklum la anak yg sebelum ni kurang berjaya kerana tiada pendedahan dan ilmu penyusuan yg kurang.Bila tanya cik gugel terjumpa la satu blog ni http://www.surijunior.com/ yg menyokong penyusuan ibu. Godek2.. rupanya pemiliknya Farihah Abu Kassim kawan sekerja saya masa bekerja kat INTeRNATionaL iSLAMIC SCHOOL GoMBAK dolu2...so jejak kasih la kejap. Die yg byk tlg saya hingga berjaya susukan anak sampai sekarang.Dengar cam senang je nak beri susu ibu ni, tapi kita yg lalui ni memang mcm2 halangan dan cabaran nya..Kesabaran saja yg dpt membantu utk berjaya.

Then kat sini nak share sikit pasal kebaikan susu ibu...Penting ni :)

Kebaikan menyusu kepada ibu
-membantu mengecutkan rahim selepas bersalin dan mengurangkan pendarahan
-menjarakkan kehamilan secara semulajadi
-mengurangkan risoko kanser payudara, ovary dan uterine
-mengurangkan risiko osteoporosis
-membantu ibu kembali kepada berat badan asal sebelum bersalin


Kebaikan / kelebihan susu ibu kepada bayi: 
-    sumber imunisasi pertama bayi
-    mengurangkan masalah elergi dan masalah system penghadaman
-    -membekalkan zat zat dan sumber nutrisi untuk bayi

Bagaimana susu ibu terhasil / terjadi / terbentuk ?

Dari darah merah yang mengalir dalam pembuluh darah ibu bercampur dengan zat zat makanan dari usus, kemudian diproses di kilang yang amayt kecil iaitu kelenjar-kelenjar di payu dara ibu , seterusnya berupaya menghasilkan nutrisi yang sangat hebat sekali.

Secara ringkasnya , Susu ibu terjadi adalah terjadi dengan kuasa ALLAH yang memproses darah merah bersama-sama zat zat makanan . Hebat bukan ? 

Okeh, apa pula perbezaan susu ibu dengan susu formula / lembu ?

1- ANTIBODI 
Susu ibu adalah satu-satunya makanan yang ada antibodi. Menghalang jangkitan bakteria dan kuman yang bakal menyerang bayi . Antibodi-antibodi ini terhasil dengan sangat banyak dalam susu ibu teruatama antara hari awal kelahiran . Manfaat yang diterima bayi akan terserlah dari hari ke hari .
2. KASEIN
Dalam susu lembu , akan ada kandungan kasein yang tinggi.  Ia adalah bahan yang dijumpai dalam susu basi yang berketul. Bahan ini akan mengurai kepada partikel-partikel yang besar di dalam perut dan akan menyudahkan penghadaman . Itu akan buat bayi tak selesa dan kembang perut.
3.  KANDUNGAN GULA
Susu ibu mengandungi kandungan gula yang jauh lebih tinggi iaitu 7gm/l berbanding 4.8gm/l dalam susu lembu. Ini sangat penting bagi badan bayi yang mempunyai simpanan gula yang sedikit. Gula membekalkan tenaga dan buat bayi kita .

4. GARAM MINERAL
Susu lembu mempunyai kalsium dan fosforus yang tinggi tapi nisbah tidak stabil dan susah dicerna dengan baik. Dan fosforus yang tinggi akan menyukarkan bayi menyerap kandungan kalsium dengan baik . Ini akan mendedahkan  bayi terdedah dengan risiko  tertentu kerana bayi kekurangan kalsium.

5. ZAT BESI
Susu ibu mengandungi zat besi yang tinggi sebanyak 50%. Oleh kerana susu ibu mengandungi zat besi yang rendah, bayi terdedah kepada penyakit anemia (kekurangan darah)
Dan , kenapa susu ibu ada bila time pregnant / mengandung  je ?

Susu ibu ditentukan sejenis hormon dinamakan prolaktin. Ia dirembes oleh kelenjar pituitari di otak yang akan meransang payudara untuk menghasilkan susu. Semasa mengandung , hormon-hormon mengandung seperti progesteron dan estrogen yang dihasilkan oleh plasenta akan menghalang penghasilan hormon prolaktin. Sebaik sahaja selepas bersalin, plasenta akan dikeluarkan dan menyebabkan hormon progesteron dan estrogen akan menurun dan hormon prolaktin akan terus meningkat . Peningkatan hormon prolaktin ini seterusnya memulakan penghasilan susu yang banyak untuk seorang bayi.

IBU MENGANDUNG PERLU elak makan : organ dalam haiwan- bayi sukar membesar , makannan stimbot, makanan mentah macam sushi – tapi makan makanan berkanji, kabihidrat , kalsium , buah makanan serat , makanan basah . ]

p/s : seeloknya menyusukan bayi selama dua tahun. Itu kita disuruh merancang dan kelahiran anak tidak terlalu rapat , selain untuk beri perhatian khusus untuk seseorang anak, ia juga mengurangkan risiko ibu keletihan .

Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/08/kebaikan-susu-ibu-bagaimana-ia-terhasil.html#ixzz2ZRodHABf










Terima Kasih Sudi Singgah My Blog "Healthy U Zone"

0 ulasan:

 
This Template Was Made & Design With Love By Cik Rose Cute. All Right Reserved To Me.